De Boer dapat sokongan penuh pengurusan Inter

Oleh Staff Writer 29 Oktober 2016 0
De Boer dapat sokongan penuh pengurusan Inter

Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Michael Bolingbroke, yakin kelab itu 100 peratus menyokong pengendali, Frank de Boer, meskipun sedang bergelut ketika ini.

De Boer dikecam susulan kegagalan Inter menduduki kelompok tiga terbaik selepas 10 perlawanan.

Meskipun melakar kemenangan 2-1 ke atas Torino pada Rabu, kritikan terus dilontar ke atas skuad kendalian De Boer yang kini menghuni tangga ke-10 Serie A.

"Pihak pengurusan dan pemilik kelab 100 peratus menyokong Frank kerana kami percayakannya dan kami juga tahu dia telah diserahkan tugas yang sukar," kata Bolingbroke ketika mesyuarat pemegang saham.

"Frank baru sahaja mengendalikan pasukan untuk tempoh singkat dan itu bukan perkara mudah yang perlu dihadapi mana-mana jurulatih.

"Dia akan mendapat peluang berharga ketika cuti rehat perlawanan antarabangsa nanti.

"Beberapa ejen telah menghubungi kami untuk menawarkan nama klien mereka, namun kami langsung tidak menghubungi mereka. Kami memulakan musim ini dengan satu perancangan dan perkara itu masih diteruskan.

Sementara itu, pengarah teknikal, Piero Ausilio, menegaskan bahawa Inter tidak pernah mempersoalkan tugas yang dipikul De Boer.

"Kami menyokong projek De Boer kerana kami yakin ia akan membuahkan hasil.

"Kami seringkali mengesahkan sokongan kami terhadap kepimpinannya. Kami tidak ada menghubungi sesiapa. De Boer adalah pengendali Inter." 




Tentang Penulis

Staff Writer

Komen