Juventus mengesahkan pemain sayap, Juan Cuadrado, dijangka terlepas daripada pembedahan selepas mengalami kecederaan lutut.

Pemain kebangsaan Colombia itu telah dihantar ke Jerman untuk penilaian selepas mengalami kecederaan lutut apabila terlepas kemenangan 1-0 ke atas Roma, Sabtu lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu kembali ke Turin dan meneruskan rawatan konservatif untuk kembali cergas sepenuhnya.

"Cuadrado meneruskan rawatan serta fisioterapi di Turin dan sudah mula menunjukkan perkembangan positif," kata kenyataan yang dikeluarkan Juve.

"Buat masa ini, pembedahan tidak perlu dilakukan ke atas kecederaan yang dialami oleh pemain itu."

Cuadrado telah membuat 15 penampilan dalam semua kejohanan buat skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu musim ini.

Juve akan berdepan Atalanta esok sebelum menerima kunjungan Sampdoria tiga hari kemudian.