Cuadrado selesai jalani pembedahan lutut

Oleh Staff Writer 29 Disember 2018 50
Cuadrado selesai jalani pembedahan lutut
Pemain sayap Juventus, Juan Cuadrado, telah menjalani pembedahan di bahagian lutut kiri selepas disahkan oleh pihak kelab.

Cuadrado terpaksa berehat sejak mengalami kecederaan ketika Juve tewas 2-1 di tangan Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, 12 Disember lalu.

Juve sebelum ini mendedahkan bintang Colombia itu tidak memerlukan pembedahan sambil hanya perlu melalui rawatan yang dirancang.

Namun, pendahulu Serie A itu mengesahkan semalam bahawa Cuadrado telah menjalani pembedahan di Sepanyol.

"Proses itu dijalankan oleh Dr Cugat sambil dibantu oleh ketua staf perubatan Juventus, Dr Claudio Rigo, di Barcelona dan ia berjalan lancar," kata wakil Juve.

"Pemain itu akan memulakan proses pemulihan dalam masa beberapa hari lagi."

Tiada tempoh yang diumumkan untuk Cuadrado pulih tetapi selepas aksi liga berdepan Sampdoria malam ini, Juve tidak akan beraksi sehingga saingan Piala Itali menentang Bologna, 12 Januari ini.

Cuadrado telah melakukan 11 penampilan liga musim ini, menjaringkan satu gol sambil pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu kini sembilan mata mendahului Napoli di puncak liga.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen