Cristiano Ronaldo gembira kembali beraksi selepas membantu Juventus meraih kemenangan 4-1 ke atas Spezia dalam saingan Serie A semalam.

Selepas diuji positif COVID-19,, Ronaldo terlepas empat perlawanan bersama gergasi Itali itu sebelum kembali dengan dua jaringan sebagai pemain gantian di Spezia.

Bintang itu gembira kembali beraksi dan kini telah mengumpul lima gol dalam tiga perlawanan Serie A musim ini.

"Cristiano sudah kembali," kata Ronaldo kepada Sky Sport.

"Apa yang penting ialah saya telah kembali dan kami menang."

Walaupun hanya diperkenalkan pada minit ke-56, dua percubaan tepat ke sasaran Ronaldo merupakan lebih berbanding mana-mana pemain yang telah beraksi sebelum ini.



Juve, yang memenangi gelaran liga sembilan kali berturut-turut, kini empat mata di belakang Milan selepas enam perlawanan.

Ronaldo percaya skuad kendalian Andrea Pirlo itu mampu kembali menemui sentuhan terbaik namun memberikan amaran terhadap beberapa ancaman lain.

"Ia bukan kejuaraan yang sederhana," kata Ronaldo.

"Milan bermain dengan cemerlang, begitu juga Lazio dan Napoli. Kami perlu berhati-hati memandangkan kedudukan kami tidak jauh."

Perlawanan seterusnya buat Juve adalah aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Ferencvaros awal pagi Khamis ini.

Kelibat bintang Portugal itu meraih meraih pujian Pirlo yang kagum dengan anaknya tersebut biarpun terlepas beberapa perlawanan terakhir.

"Kami mencipta deretan peluang dalam separuh masa pertama, malangnya kami masih di tahap babak pertama di sebalik mencipta begitu banyak kesempatan," katanya dalam sidang akhbar.

"Kami harus lebih klinikal di depan gawang kerana apabila memiliki peluang, perlawanan ini harus dibunuh. Kemudian Cristiano dimasukkan dan dia melaksanakan tugasnya.

"Kami tidak mangambil pusing kedudukan liga buat masa ini kerana kami sedar telah keciciran beberapa mata di sepanjang jalan ini."