Sentuhan Cristiano Ronaldo akan menjadi penentu buat Juventus ketika bertemu Milan dalam Serie A awal pagi esok, kata Andrea Pirlo.

Penyerang Juve itu telah mengumpul 14 gol dalam 11 perlawanan liga musim ini termasuk ketika meledak dua gol dan mencipta satu peluang jaringan untuk membenam Udinese 4-1 kelmarin.

Pirlo akan mengendalikan perlawanan menentang Milan selepas melalui karier gemilang termasuk dua trofi dua Liga Juara-Juara (UCL) ketika bergelar pemain di San Siro.

Di sebalik kelibat Ronaldo, Juve tercicir 10 mata di belakang pendahulu itu tatkala Bianconeri masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

"Sejak awal-awal lagi kami akan cuba memanfaatkan Cristiano kerana karakter, kecekapan menghidu peluang dan ketajamannya di kubu lawan," kata pengurus Juve itu menjelang pertembungan di San Siro tersebut.

"Adakah dia akan penentu? Tentu saja kerana dia ada di mana-mana.

"Adalah normal untuk bergantung harap terhadapnya memandangkan anda memiliki juara dalam pasukan anda."

Dengan tekanan semakin meningkat sempena pertemuan getir itu, bekas pemain tengah terbabit berasakan Milan yang kini merupakan pasukan yang harus mahu ditewaskan, bukannya juara bertahan berkenaan.

"Milan belum kalah untuk satu tempoh yang lama, mereka berada di kedudukan pertama jadi mereka merupakan pasukan yang harus dikalahkan," katanya.

"Saya melihat semangat membara di Milan yang menjadi azimat buat mereka memenangi permainan. Mereka masuk melangkah ke perlawanan dengan meraih keputusan terbaik, mereka berjuang bersama-sama dan mereka tidak rela ditundukkan.

"Carta liga selalunya mencerminkan nilai kejuaraan. Kami perlu beri fokus satu kepada satu demi satu perlawanan dalam usaha melonjakkan kedudukan, kami hanya melihat kepada diri sendiri. Kami akan mengetahui di mana kedudukan kami pada April kelak.

"Kami akan berusaha memperagakan corak permainan kami di San Siro, tanpa rasa takut: ini adalah perlawanan yang bagus untuk terlibat."




Tambahnya: "Ini akan menjadi malam yang istimewa buat saya berikutan banyak kenangan saya bersama Milan. Ia sesuatu yang sangat indah sebagai pemain, saya rasa menjadi jurulatih juga sama.

"Kami sedar betapa pentingnya perlawanan ini. Kami akan mempamerkan gaya kami dan melakukan yang terbaik. Ia sangat penting tetapi tidak akan menjadi penentu."

"Kami harus cekap menghidu kesempatan dan beraksi dengan baik dan secara teknikalnya tidak memberi ruang kepada Milan, ia merupakan salah satu elemen kekuatan mereka.

"Dalam liga Itali, anda tidak boleh bersikap sambil lewa bahkan sesaat pun -- setiap perlawanan harus dihadapi dengan ketekalan yang serupa. Saya ingin melihat Juve berasa yakin akan kekuatan mereka, mempamerkan corak permainan kami."

Sementara itu, pemain sayap, Alex Sandro dan Juan Cuadrado, diuji positif COVID-19 lalu memaksa aspek kesihatan di kelab itu dalam keadaan berjaga-jaga.

"Berikutan Alex Sandro diuji positif, kami akan mendapat keputusan ujian pasukan pada sebelah petang - kami perlu menunggu," katanya.

"Paulo Dybala tampil lebih baik selepas demam dan sepatutnya sedia untuk diturunkan.

"Alvaro Morata telah pulih dan kini menjalani fisioterapi, pemulihan Giorgio Chiellini dan Merih Demiral berjalan dengan baik, sementara Arthur dan Adrien Rabiot kedua-duanya telah sembuh.

"Kami akan menilai siapa yang akan kami bawa ke Milan esok. Tiada alasan untuk perlawanan ini -- skuad ini kompetitif di semua posisi. Pasukan lain mengalami masalah yang sama juga."