Cristiano Ronaldo pemain terbaik dalam sejarah, kata ejennya 

Oleh Penulis Jemputan 17 Oktober 2019 525
Cristiano Ronaldo pemain terbaik dalam sejarah, kata ejennya 
Cristiano Ronaldo seharusnya dianggap sebagai pemain tersohor dalam sejarah selepas mencecah 700 gol, kata ejennya, Jorge Mendes.

Pemenang lima Ballon d'Or itu melebarkan angka jaringannya bersama kelab mahupun negara apabila menyempurnakan sepakan penalti dalam separuh masa kedua ketika menentang Ukraine kelmarin untuk menokok golnya yang ke-95 bersama Portugal. 

Majoriti gol bintang Juventus itu terhasil ketika dia memantapkan Real Madrid apabila mencetak 450 gol setelah melakukannya sebanyak 118 kali buat Manchester United.

Walaupun Ronaldo kini memasuki penghujung kariernya pada usia 34 tahun, Mendes tidak melihat tanda-tanda prestasinya semakin merudum dalam kancah Itali. 

Malah, ejennya itu mencadangkan bahawa masih ada banyak lagi yang boleh disumbangkannya.

"Dia merupakan yang terbaik. Baginya, kemuncak prestasinya masih belum diserlahkan dan ia akan tiba dalam jersi Juve," kata Mendes kepada Tuttosport.

"Angka yang dicapainya tidak akan berbohong dan ia mencerminkan bagaimana Cristiano Ronaldo mencipta rekodnya, yang mengangkatnya dalam kategori pemain terbaik dalam sejarah dan dengan perbezaan besar berbanding dengan yang kedua terbaik.

"Dia telah mencapai semua itu bersama kelab-kelab yang pernah diwakilinya, sama ada di England atau Sepanyol mahupun di Itali ketika ini, malah termasuk dengan pasukan kebangsaan Portugal.

"Kenyataannya, Cristiano Ronaldo telah bermain dalam tiga final bersama Portugal dan dia memenangi dua daripadanya."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen