Cristiano Ronaldo faktor utama Sansone berhijrah ke LaLiga

Oleh Staff Writer 18 November 2016 2
Cristiano Ronaldo faktor utama Sansone berhijrah ke LaLiga

Penyerang Villareal, Nicola Sansone, mendedahkan peluang untuk menghadapi idolanya, Cristiano Ronaldo, merupakan faktor utama dia berhijrah ke LaLiga.

Pemain berusia 25 tahun itu berhijrah dari Sassuolo pada Ogos dan penyerang Itali itu tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri di Sepanyol apabila menyumbangkan lima gol selepas 11 penampilan.

Dia mengakui peluang untuk berdepan bintang Real Madrid, Ronaldo, merupakan faktor penghijrahannya.

"Salah satu sebab saya bertandang ke Sepanyol kerana mahu menghadapi pemain idola saya, Cristiano Ronaldo," Sansone memberitahu Corriere dello Sport.

"Ketika saya bersalaman dengannya, saya tersenyum seperti seorang kanak-kanak.

"Saya telah meminta jersinya, tetapi ketika itu dia tidak puas hati kerana hanya mampu melakar keputusan seri. Bagaimanapun, dia memberitahu saya akan memberikan jersinya dalam pertemuan seterusnya."

Villareal berjaya mengikat Madrid 1-1 dalam pertemuan September lalu.

Kini menghuni tangga ketiga, Sansone mengakui mereka menyasarkan untuk mengungguli kelompok empat terbaik LaLiga musim ini di samping mahu melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Villareal bakal bertandang ke Athletic Bilbao pada Ahad.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen