Wolfsburg mengumumkan skuad utama kendalian Oliver Glasner akan kembali berlatih hari ini di sebalik perintah berkurung di Jerman bagi memerangi penyebaran koronavirus.

Saingan Bundesliga dijadualkan bersambung selepas 2 April, dengan Wolfsburg bakal berkunjung ke Bayer Leverkusen dua hari kemudian yang berkemungkinan tidak akan berlangsung ekoran pandemik global.

Kadar kematian di Jerman meningkat ke 93 dan canselor, Angela Merkel, semalam mengharamkan sebarang pertemuan di tempat umum melebihi daripada dua orang, tetapi kenyataan yang dikeluarkan laman rasmi Wolfsburg berkata mereka akan berlatih dalam kumpulan kecil.

"VfL Wolfsburg akan kembali berlatih hari ini namun mengharungi kondisi yang istimewa dan di bawah kawalan kebersihan yang tinggi.

"Bermula pagi tadi, ketua jurulatih, Oliver Glasner, akan berlatih dalam kumpulan kecil di Volkswagen Arena."



Bundesliga, Wolfsburg,