COVID-19: UEFA akan ubah tarikh Euro 2021 Wanita, kata Jerman

Oleh Nafis Abdullah 18 Mac 2020 50
COVID-19: UEFA akan ubah tarikh Euro 2021 Wanita, kata Jerman
UEFA akan mengubah tarikh pusingan akhir saingan Euro 2021 sebagai salah satu rancangan untuk menyusun semula kalenda bola sepak, kata Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).

Saingan bola sepak di seluruh dunia kini sedang diubah selepas melalui penangguhan besar-besaran akibat daripada wabak coronavirus.

Pusingan akhir Kejohanan Eropah Wanita telah dijadualkan di England pada 7 Julai sehingga 1 Ogos tahun depan.

Tarikh itu mungkin serentak dengan Kejohanan Eropah untuk lelaki selepas ditangguhkan selama 12 bulan, dijadualkan bermula 11 Jun sehingga 11 Julai 2021.

Menerusi laman Twitter, wakil pihak DFB berkata penangguhan Euro 2020 akan memberi kesan kepada saingan wanita dan masih belum ada keputusan tarikh baru diadakan.

Melalui akaun skuad wanita, wakil DFB berkata: "Jawatankuasa eksekutif UEFA telah membuat keputusan saingan yang akan diadakan pada Jun 2021 akan diubah semula.

"Tumpuan terarah kepada Liga Negara-Negara UEFA, Kejohanan Eropah wanita serta Saingan B-21. Tarikh baru akan diumumkan."

Saingan akhir Liga Negara-Negara UEFA sebelum ini dijadualkan pada 2 hingga 6 Jun 2021.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen