Kelab tidak akan dipaksa untuk melepaskan pemain mereka dalam tugasan antarabangsa bulan ini dan bulan depan berikutan krisis wabak koronavirus (Corvid-19) sementara Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mencadangkan penangguhan perlawanan.

Saingan bola sepak di seluruh dunia banyak ditangguhkan tatkala persatuan berusaha memerangi penyebaran wabak yang telah mengorbankan 5,000 orang itu.

Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa telah pun ditunda di samping lima kancah teratas liga di Eropah.

Perlawanan di Amerika Syarikat, Scotland dan Liga Bola Sepak (EPL) turut tidak terlepas melakukan hal yang sama.

Liga Perdana, Serie A dan LaLiga pula berhenti seketika hingga rehat antarabangsa yang akan datang sementara musim Ligue 1 ditangguhkan hingga notis selanjutnya.

Perlawanan antarabangsa juga tidak mungkin akan diteruskan kerana kelab -- kebiasaannya tidak mmepunyai kuasa untuk menghalang panggilan antarabangsa -- telah dibenarkan untuk mengekalkan pemain mereka berdasarkan keputusan Jawatankuasa FIFA itu.

FIFA tidak akan memaksa kelab berbuat demikian malah menggalakkan langkah itu.

Menurut kenyataan itu: "FIFA sedar untuk meneruskan perlawanan dalam keadaan ketika ini, mungkin ia bukan sahaja akan mewujudkan risiko kesihatan kepada pemain (dan kepada orang awam), bahkan integriti kesukanan juga akan dipersoalkan kerana pasukan-pasukan tidak dapat menurunkan skuad terbaik.

"Untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan yang tidak perlu dan juga potensi berat sebelah dalam sukan, kami mencadangkan semua perlawanan antarabangsa yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada bulan ini dan bulan depan supaya ditangguhkan sehinggalah persekitaran menjadi lebih selamat dan terjamin buat pemain dan orang awam.

"Keputusan muktamad mengenai isu ini terletak kepada penganjur pertandingan atau anggota persatuan yang relevan."

Kelayakan Piala Dunia di Asia dan Amerika Selatan sudah pun ditangguhkan selain pembatalan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

UEFA, bagaimananpun, dijangka akan memutuskan nasib Euro 2020 menjelang pertemuan Selasa depan kerana berdasarkan jadual ketika ini, kejohanan itu dalam keraguan.