Marc-Andre ter Stegen sedar harus bersiap sedia menjelang Euro 2020 dan meraih trofi bersama Barcelona walaupun penjaga gol Jerman itu menjalankan tugas dengan baik selaku seorang bapa.

Bekas pemain Borussia Monchengladbach berusia 27 tahun itu serta isterinya, Daniela, meraikan kehadiran cahaya mata pertama pada Disember lalu selepas Ben dilahirkan.

Dia lebih banyak meluangkan masa di rumah berbanding apa yang dijangkakan susulan wabak coronavirus yang melanda Sepanyol.

Berbanding pergi ke pusat latihan, Ter Stegen mengekalkan kecergasan di rumah sambil dapat meluangkan lebih banyak masa berasma anaknya yang berusia tiga bulan.

Dia jelas gembira bergelar bapa dan mengakui ia memberi banyak kelebihan kepadanya.

"Dalam situasi negatif seperti wabak coronavirus, terdapat elemen positif.

"Kami dapat bersama keluarga, lebih-lebih lagi sekarang memandangkan dia membesar dengan cepat. Sesuatu yang bagus dapat bersamanya. Sebelum ini, ia mencabar kerana kekurangan tidur. Kami perlu mencari jalan dan kini, saya dan Daniela mengharunginya dengan baik."

Ter Stegen -- kini mencabar manuel Neuer untuk menjadi pilihan utama Joachim Low bersama skuad Jerman -- berkongsi tugasan menjaga anak pada waktu malam bersama isterinya, mengikut keperluan Ben.

"Kebiasaannya isteri saya menjalankan tugas tetapi kini, saya di rumah dan dapat membuat jadual sendiri," tambahnya.

"Kami membuat tugasan dengan baik. Hanya sekali dia membiarkan kami tidur dengan nyenyak. Ben akan tidur apabila semuanya sempurna.

"Saya dalam keadaan baik dan begitu juga keluarga saya. Kami di rumah seperti orang lain dan cuba meluangkan masa bersama, menjadikannya lebih mudah walaupun ia bukan situasi yang menyeronokkan."