Skuad kebangsaan Jerman telah memberikan derma sebanyak EUR2.5 juta (RM11.8 juta) dalam usaha mengatasi wabak coronavirus serta kesannya.

Jerman merupakan salah satu negara yang terkesan dengan kemunculan COVID-19 tatkala Badan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan 7,000 kes dan 13 kemaian dalam negara itu sehingga semalam.

Dalam kenyataan daripada Die Mannschaft yang meningkatkan usaha untuk memberikan sebarang bantuan, pasukan juga memuji usaha mereka yang telah menghulurkan bantuan.

"Bola sepak dunia kini terhenti, kesihatan orang ramai serta mencegah wabak ini adalah satu keutamaan," kata wakil Jerman.

"Kami menyedari tentangnya dan ia tidak boleh dihentikan. Usaha harus sentiasa dilakukan.

"Kami telah melihat banyak usaha dan komitmen yang anda berikan, bagaimana anda membantu di hospital, rumah sakit, pusat beli belah serta kejiranan anda. Ia membanggakan!

"Ia menunjukkan perpaduan itu sangat penting dan kami sebagai satu pasukan mahu memberikan sedikit bantuan.

"Sebab itu kami membuat keputusan untuk mendermakan RM11.8 juta dalam usaha mengatasinya.

"Setiap tindakan dan bantuan diberikan sangat bermakna. Ia bergantung kepada semua untuk memberikan perbezaan. Kekal sihat dan membantu antara satu sama lain."