Covid-19: Serie A bakal ditamatkan 20 Ogos

Oleh Nafis Abdullah 21 Mei 2020 250
Covid-19: Serie A bakal ditamatkan 20 Ogos
Saingan Serie A musim 2019-20 akan ditamatkan pada 20 Ogos depan tatkala 1 September nanti disasarkan sebagai sepak mula kempen 2020-21.

Mesyuarat Dewan Persekutuan melibatkan Ketua Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina, Presiden Lega Serie A, Paolo Dal Pino, dan beberapa pemegang taruh Serie A, Serie B dan Serie C diadakan semalam untuk membincangkan kajian semula kalendar selepas musim ditangguhkan.

Saingan tertinggi Itali ditangguhkan sejak Mac lalu ekoran coronavirus dan diharapkan bersambung pada 13 Jun depan tetapi ia masih tertangguh sehingga 14 Jun nanti selepas keputusan dibuat oleh kerajaan.

Mesyuarat itu juga bersetuju tiga divisyen tertinggi itu harus ditamatkan sebelum 20 Ogos nanti untuk memberi ruang buat Piala Itali disempurnakan pada penghujung bulan nanti.

Format baru untuk menentukan kedudukan liga akan diwujudkan jika saingan terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19 sekali lagi.

"FIGC melahirkan keinginan untuk menyambung saingan dan menamatkannya, meletakkan 20 Ogos nanti sebagai tarikh akhir buat Serie A, Serie B dan Serie C menamatkan saingan," kata wakil badan itu.

"Menjelang acara sukan yang akan disambung, pihak Dewan Persekutuan akan menentukan kriteria bagi kejohanan ditamatkan.

"Akhirnya, seperti keputusan yang telah diraih, saingan 2020-21 akan bermula pada 1 September nanti."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen