Covid-19: Separuh akhir DFB Pokal ditunda

Oleh Muzaffar Musa 28 Mac 2020 118
Covid-19: Separuh akhir DFB Pokal ditunda
Perlawanan separuh akhir DFB Pokal di antara Bayern Munich dan Eintracht Frankfurt terpaksa ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Penundaan itu turut melibatkan satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan  Saarbrucken dan Bayer Leverkusen.

Juara bertahan, Bayern, yang menewaskan RB Leipzig 3-0 dalam final musim lalu, sepatutnya menantikan kunjungan Frankfurt pada 21 atau 22 April ini manakala Leverkusen pula akan bertandang ke laman pasukan daripada liga divisyen empat, Saarbrucken.

Bagaimanapun, kedua-dua perlawanan itu sah tidak akan diteruskan pada tarikh asal memandang ancaman wabak berkenaan yang masih belum reda.

Bundesliga telah digantung sejak 13 Mac lalu dan akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga 30 April ini.
 
Lebih 49,344 kes positif Covid-19  direkodkan di Jerman dengan 321 daripadanya telah meninggal dunia.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen