Covid-19: Saingan Eredivisie menuju penamat

Oleh Nafis Abdullah 22 April 2020 200
Covid-19: Saingan Eredivisie menuju penamat
Kempen Eredivisie tamat selepas Persekutuan Bolasepak Belanda (KNVB) mengumumkan hasrat untuk tidak meneruskan saingan susulan lanjutan tempoh larangan oleh pihak kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, melanjutkan tempoh itu termasuk untuk sukan profesional, sehingga 1 September depan tatkala negara itu sedang memerangi wabak coronavirus.

"Pihak tertinggi bola sepak profesional bercadang untuk tidak meneruskan saingan musim ini," kata wakil KNVB.

"Berdasarkan keputusan kerajaan semalam, KNVB akan berbincang dengan UEFA mengenai keputusan yang akan diambil.

"Semua kelab dan pihak terlibat akan berbincang lebih lanjut pada Jumaat ini."

Ajax kini mengungguli carta Eredivisie, berkongsi 56 mata dengan AZ. Mereka telah beraksi 25 daripada 45 perlawanan tetapi Ajax lebih unggul dengan kutipan jaringan.

Dua pasukan teratas itu, bersama PSV dan beberapa kelab lain, sebelum ini menegaskan untuk tidak mahu menamatkan saingan musim ini.

Terdapat lebih 34,000 kes disahkan di Belanda sambil ia meragut lebih 3,000 nyawa akibat coronavirus.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen