Covid-19: Rugani, Matuidi kini pulih

Oleh Nafis Abdullah 16 April 2020 51
Covid-19: Rugani, Matuidi kini pulih
Daniele Rugani dan Blaise Matuidi telah pulih daripada coronavirus dan negatif ketika menjalani ujian selepas disahkan oleh Juventus.

Rugani merupakan antara pesakit Covid-19 fasa pertama yang disahkan dalam Serie A selepas diuji positif, bulan lalu.

Matuidi turut diuji positif walaupun kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang petanda.

Selepas sebulan, kedua-dua pemain itu telah diuji negatif.

"Pemain itu telah pulih dan tidak lagi perlu menjalani proses kuarantin," kata wakil kelab Itali itu.

Kedua-dua pemain itu tidak terlepas sebarang perlawanan Serie A selepas saingan itu ditangguhkan.

Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) dilihat mahu menyambung saingan dalam masa beberapa bulan lagi.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina, telah memuji tindakan Juve yang menolak untuk dinobatkan selaku juara walaupun mereka mengungguli carta liga sebelum saingan ditangguhkan.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu memiliki satu mata berbanding pasukan tangga kedua, Lazio, sambil saingan berbaki 12 perlawanan.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen