Semalam, Cristiano Ronaldo telah kembali ke pusat latihan Juventus selepas menjalani proses pengasingan selama dua minggu.

Bintang Portugal itu kembali ke Itali dari Madeira dua minggu lalu selepas meluangkan masa di kampung halamannya ketika krisis coronavirus.

Dia menjalani proses pengasingan selama dua minggu sebelum dibenarkan kembali ke kem Continassa di Turin, di mana pemenang lima kali Ballon d'Or itu melalui proses ujian perubatan.

Pemain berusia 35 tahun itu dilihat tiba dan meninggalkan pusat latihan sambil akhbar sukan dari Turin, Tuttosport, berkata Ronaldo memandu pada jam 9:21 pagi waktu tempatan sebelum beredar tiga jam kemudian.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu dilihat bersama kenderaan Jeep miliknya dan tersenyum kepada wartawan yang menunggunya.