AS Roma akan mendedikasikan perlawanan pertama mereka selepas pandemik Covid-19 buat kakitangan perubatan di seluruh dunia dengan lebih daripada 5,000 tiket percuma akan diberikan kepada pekerja barisan depan itu.

Kebanyakan acara sukan elit di seluruh dunia terjejas dengan kemelut global itu dengan lebih daripada 650,000 kes disahkan termasuk sekurang-kurangnya 30,000 kematian.

Hanya Amerika Syarikat merekodkan kes yang lebih tinggi daripada Itali, di mana Serie turut dibekukan sekurang-kurangnya sehingga 3 Mei ini.

Kali terakhir Roma beraksi ialah ketika menewaskan Cagliari 4-3 pada 1 Mac lalu tetapi kelab berkenaan sudahpun mempuyai perancangan untuk memenuhkan stadium mereka dalam perlawanan yang akan datang.

Pasukan Serie A itu berkata perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri selepas liga bersambung akan didedikasikan untuk meraikan kakitangan perubatan yang menjadi barisan depan ketika memerangi wabak Covid-19.

Satu kenyataan yang dikeluarkan berkata ia adalah "lanjutan siri 'HEROES' kelab itu di media sosial, yang memberi penghormatan kepada doktor, jururawat dan pegawai perubatan di Itali dan di seluruh dunia".

Sebanyak 5,000 tiket percuma dijanjikan buat pegawai perubatan dan ia "akan membenarkan penyokong untuk meluahkan rasa terima kasih mereka di atas usaha keras setiap pegawai perubatan sepanjang krisis berkenaan".

Mereka juga akan memperingati pekerja yang kehilangan nyawa, memperkenalkan kadar harga yang akan dikurangkan untuk kakitangan perubatan dari awal musim depan dan mendermakan sebahagian daripada setiap jualan tiket ke kempen penggalakan dana kelab itu.

Presiden Roma James Pallotta menambah: "Tidak mustahil untuk melebih-lebihkan betapa kami menghargai kerja-kerja kakitangan perubatan di Itali dan di seluruh dunia."

Pallotta telah menyumbangkan €75,000 (RM362,490) kepada projek pengumpulan dana COVID-19, yang telah mengumpulkan lebih daripada €530,000 (RM2.5 juta).