Joel Robles didapati positif koronavirus tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, demikian disahkan penjaga gol Real Betis itu.

Bekas pemain Everton berusia 29 tahun itu mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kiriman video Instagram di mana dia kelihatan sihat sambil memakai jersi Betis.

Ujian saringan besar-besaran ke atas pemain LaLiga sedang giat dilakukan memandangkan liga berkenaan berkemungkinan akan bersambung bulan depan.

Kenyataan rasmi LaLiga semalam berkata lima pemain daripada kelab berbeza dalam dua liga divisyen utama Sepanyol didapati positif virus berkenaan dan perlu mengasingkan diri.

Robles berkata dalam kiriman videonya: "Hello semua, saya mahu mengesahkan mengenai ujian koronavirus saya yang didapati positif."

Minggu lalu, dia mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua mereka dan mengenai perkembangan terbaru itu, dia menambah: "Kami sihat-sihat sahaja, Isteri saya dan kandungannya dalam keadaan sempurna.

"Saya mengalami jangkitan asimptomatik dan saya tidak menunjukkan sebarang gejala atau ketidakselesaan sepanjang beberapa minggu ini.

"Saya akan terus berlatih di rumah berdasarkan saranan pegawai perubatan.

"Saya mahu mengingatkan anda supaya berhati-hati. Saya bertanggung jawab, saya melindungi diri saya dan saya dijangkiti virus itu.

"Dan fikirkan mengenai orang yang anda sayang dan pekerja barisan depan yang memastikan keselamatan semua.

"Salam sayang buat semua, jangan ambil mudah," katanya lagi.

?

A post shared by ???? ?????? (@joelrb1) on