Presiden Persatuan Bolasepak Switzerland (SFV), Dominique Blanc, diuji positif wabak koronavirus baru (Covid-19), kurang daripada dua minggu selepas menghadiri pertemuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di samping pemimpin-pemimpin bola sepak Eropah.

Pertemuan Jawatankuasa Eksekutif UEFA itu turut membabitkan Presiden Persekutuan Bolasepak Croatia, Davor Suker, dan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, di Amsterdam pada 2 Mac

Presiden berusia 70 tahun itu menerima keputusan ujiannya semalam lalu dikuarantin di rumahnya manakala ibu pejabat SFV ditutup sehingga diberitahu kelak.


"Pada masa ini saya berasa selesa. Saya hanya mengalami gejala selesema ringan," kata Blanc dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi SFV.