Daniele Bonera terlepas pertembungan 'derby' menentang Inter, awal pagi Ahad ini, setelah penolong jurulatih Milan itu didapati positif COVID-19.


Bekas pertahanan tengah Rossoneri itu disahkan positif selepas mengadu tidak sihat.

Menurut Milan dalam satu kenyataan: "Daniele Bonera dilanda demam lalu menjalani ujian calitan di rumahnya semalam sebelum disahkan positif COVID-19.

"Bonera kini berada di rumahnya dan berada dalam keadaan baik. Semua ujian calitan dalam skuad kami semalam telah mendapati mereka negatif."


All that's left of his opponent ? #SempreMilan

A post shared by AC Milan (@acmilan) on



Tatkala Bonera perlu menjalani kuarantin, skuad bimbingan Stefano Pioli itu akan menghadapi Inter dalam pusingan pertama Serie A musim 2020-21.

Bonera juga tidak akan membantu jaguh dari San Siro itu untuk memulakan kempen Liga Europa pada minggu depan apabila mereka bakal diuji juara Scotland, Celtic, Jumaat depan.

Peraturan Itali mewajibkan sesiapa yang dijangkiti pandemik itu perlu mengasingkan diri untuk sekurang-kurangnya 10 hari dan perlu didapati negatif sebelum dibenarkan menamatkan program berkenaan.

Milan menerima rangsangan apabila sentuhan Zlatan Ibrahimovic boleh ditagih selepas dua ujian calitan yang dijalaninya minggu lalu negatif.

Penyerang berusia 39 tahun itu positif COVID-19 pada bulan lalu dan tersisih dalam empat perlawanan.