Seorang pemain Atlanta United diuji positif koronavirus, demikian disahkan kelab Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) itu semalam.

Pemain yang tidak dinamakan itu tidak mengalami sebarang gejala dan disahkan positif dalam ujian saringan mandatori kelab berkenaan.

Kelab itu sedang dalam persiapan untuk kembali meneruskan saingan Kejohanan MLS is Back, yang akan bermula di Florida pada 8 Julai ini.

"Sebagai respons berkenaan kes positif itu, staff perubatan Atlanta United akan terus bekerjasama secara langsung dengan pakar penyakit berjangkit tempatan untuk merawat pemain itu, yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan sedang dipantau dalam protokol pengasingan sejak memperoleh keputusan itu," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

+++++++++++++++

Atlanta United memenangi dua perlawanan pembukaan sebelum liga itu direhatkan berikutan pandemik Covid-19, Mac lalu.

Pasukan itu bersama Cincinnati, New York Red Bulls dan Columbus Crew berada dalam Kumpulan E Kejohanan MLS is Back.