Napoli akan kembali ke latihan minggu depan meskipun diberi arahan perintah terkurung akibat pandemik Covid-19.

Tiada acara sukan di Itali sejak 9 Mac akibat penularan wabak Covid-19.

Virus telah membunuh 4,032 di negara itu, lebih dari negara-negara lain, dengan kawasan utara paling terkesan.

Damiano Tommasi, presiden Kesatuan Pemain-Pemain Itali (AIC), menyatakan bahaya buat pemain-pemain kembali ke sesi latihan ketika arahan perintah berkurun telah dikeluarkan.

Namun Cagliari akan menjalani latihan dengan pemain berpecah kepada kumpulan-kumpulan Isnin ini dan Napoli akan kembali berlatihn dua hari kemudian.

"SSC Napoli mengumumkan pasukan akan kembali berlatih di Pusat Teknikal Rabu ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Lazio turut dilaporkan membuat persiapan untu berlatih minggu hadapan.