AC Milan mengesahkan bahawa tiada pemain skuad utama dan pegawai teknikal mereka yang diuji positif Covid-19.

Tedapat kekeliruan mengenai prospek pertambahan kes koronavirus di kelab Serie A berkenaan selepas presiden, Paolo Scaroni, memberikan ulasan dengan merujuk "beberapa pemain yang terjangkiti sedang dipulihkan".

Ia menimbulkan persoalan mengenai kes yang belum diketahui di kelab itu selepas pengarah teknikal, Paolo Maldini, dan anaknya, Daniel, disahkan positif Mac lalu.

Bagaimanapun, dalan satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kelab itu berkata: "ACMilan mengesahkan bahawa, berdasarkan kesemua ujian kesihatan terbaru yang dijalankan ke atas pemain dan pegawai teknikal kami, tiada sebarang kes postitif Covid-19.

"Pemain akan meneruskan program latihan individu mereka di Milanella dan ujian saringan akan dilengkapkan buat kesemua pemain dan pegawai yang melaporkan diri dalam sesi latihan tidak lama lagi."

Pemain Milan meneruskan latihan individu di Milanello kelmarin, dua bulan selepas perintah berkurung diperkenalkan di utara Itali, dan latihan secara berkumpulan pula dilaporkan akan mula dibenarkan pada 18 Mei ini.

Saingan Serie A masih ditangguhkan tetapi setiap kelab bersedia untuk meneruskan musim 2019-20 daripada menamatkannya lebih awal seperti di Perancis dan Belanda.

Milan berada di tangga ketujuh sebelum liga direhatkan.