Kapten Barcelona, Lionel Messi, memberikan penghargaan kepada petugas kesihatan di seluruh dunia yang berusaha untuk memerangi pandemik koronavirus.

COVID-19 telah menyerang seluruh dunia, dengan 114,240 kematian dan lebih daripada 1,853,150 kes yang disahkan positif.

Bintang Barca, Messi, memberikan sokongannya berikutan berakhirnya Minggu Petugas Kesihatan Dunia semalam.

"Semalam berakhirnya Minggu Petugas Kesihatan Dunia, bersama-sama dengan unicef, saya mahu meluahkan tanda penghargaan kepada apa yang telah mereka usahakan," kata Messi.

"Wira tanpa nama yang bertahan selama ini dan berjauhan dari keluarga mereka, supaya kita semua selamat daripada #COVID19.

"Komitmen mulia mereka untuk menjaga wanita hamil, kanak-kanak dan remaja dilindungi. #YoMeQuedoEnCasa #StayAtHome #Unicef."



LaLiga ditangguh ketika ini ekoran penularan wabak koronavirus -– Barcelona mendahului dua mata ke atas Real Madrid selepas 27 perlawanan.