COVID-19: Mandanda pula dikesan positif ketika berlatih bersama Perancis 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 September 2020 115
COVID-19: Mandanda pula dikesan positif ketika berlatih bersama Perancis 
Steve Mandanda terpaksa meninggalkan skuad Perancis selepas didapati positif COVID-19. 

Penjaga gawang Marseille itu tidak akan memainkan peranannya bagi persiapan menghadapi kempen Liga Negara-Negara Eropah bertemu Sweden dan Croatia selepas dua ujian calitannya menghasilkan keputusan positif.

Juara dunia itu, yang bakal diuji Sweden di Solna awal pagi esok, mengesahkan Mandanda telah meninggalkan kem latihan di Clairefontaine itu malam tadi. 

Pemain tengah Lyon, Houssem Aouar, juga terpaksa menarik diri kerana isu yang sama minggu lalu.
 

Persiapan Perancis untuk menghadapi jadual antarabangsa bulan ini telah dipengaruhi penularan pandemik berkenaan bahkan sebelum mereka berkumpul, pemain Manchester United, Paul Pogba, telah dikesan dijangkiti sebelum Didier Deschamps mengumumkan skuadnya. 

Tonggak Tottenham, Tanguy Ndombele, yang tidak berada dalam pemilihan skuad kali ini juga dilaporkan positif.

Les Blues, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan kes positif yang lain sesudah selesai menjalani ujian saringan di pangkalan latihan, kelmarin. 

Penjaga gawang berumur 35 tahun itu telah tampil sebanyak 32 kali buat pasukan senior kebangsaan dan merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Piala Dunia 2018.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen