Paolo Maldini dan anak, Daniel, telah disahkan positif koronavirus, Milan telah mengesahkannya.

Itali berada dalam perintah berkurung hampir dua minggu ketika pihak kerajaan sedang berusaha untuk mengawal penularan wabak pandemik itu, yang telah meragut nyawa seramai 4,825 orang di negara itu.

Sukan di seluruh dunia telah dihentikan, dengan Serie A ditangguh sehingga April manakala Euro 2020 ditangguh sehingga tahun hadapan.

Sebelum ini bintang Juventus, Paulo Dybala, mengesahkan dia dan teman wanitanya positif COVID-19, namun menyatakan mereka dalam keadaan yang baik.

Dybala merupakan pemain Juve ketiga disahkan positif selepas Daniele Rugani dan Blaise Matuidi dan Milan telah mengesahkan legedan kelab, Maldini -- yang bertindak selaku pengarah teknikal kelab -- telah disahkan positif, bersama-sama anaknya, Daniel, yang membuat penampilan sulung bersama Rossoneri bulan lalu.


"Milan mengesahkan Paolo Maldini, pengarah teknikal kelab, telah disahkan positif koronavirus," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.

"Maldini serta anaknya, Daniel, penyerang skuad belia Milan turut disahkan positif.

"Mereka akan kekal dikuarantin sehingga pulih sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan pihak kesihatan."