Covid-19: Liga Perdana Russia bersambung 12 Jun ini

Oleh Muzaffar Musa 16 Mei 2020 48
Covid-19: Liga Perdana Russia bersambung 12 Jun ini
Liga Perdana Russia menjadi liga terbaru di Eropah yang akan meneruskan saingan mereka pada 12 Jun ini meskipun dunia masih diancam wabak Covid-19.

Liga divisyen utama Russia itu masih meneruskan saingan ketika kebanyakan liga di Eropah dihentikan sebelum ia juga ditunda pada 17 Mac lalu.

Tarikh akhir penyambungan semula pada 10 April lalu dilanjutkan kepada 31 Mei ini dengan lebih 260,000 kes jangkitan dicatatkan di negara itu.

Bagaimanapun, dengan saingan Bundesliga di Jerman akan kembali berjalan secara tertutup bermula esok selain liga di Portugal, Itali dan bekemungkinan England dan Sepanyol akan menyusul tindakan sama, Kesatuan Bolasepak Russia bersetuju dengan tarikh berkenaan.

Empat perlawanan terakhir akan dijalankan secara tertutup sehingga 22 Jun depan dengan empat perlawanan pertengahan minggu turut dijadualkan.

Kenaikan dan penyingkiran liga dikekalkan tetapi tiada perlawanan playoff dengan dua pasukan tercorot akan digantikan dengan dua pasukan teratas liga divisyen dua bagi saingan musim depan.

Piala Russia juga akan diteruskan sehingga final pada 25 Julai depan.

Juara Bertahan, Zenit, berada di tangga teratas dengan kelebihan sembilan mata di depan Lokomotiv Moscow dan Krasnodar sebelum liga itu direhatkan.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen