Robert Lewandowski dan isteri, Anna, mengikut inisiatih bintang-bintang Bayern Munich, Leon Goretzka dan Joshua Kimmich dalam membuat derma terhadap usaha untuk mengatasi koronavirus, dengan menyalurkan EURO1 juta (RM4.73 juta) kepada kebajikan.

Goretzka dan Kimmich menubuhkan dana yang dipanggil 'We Kick Corona', di mana mereka membuat sumbangan bersama sebanyak RM4.73 juta.

Selepas membuat sumbangan yang sama, Lewandowski memberitahu Bild mereka berharap kehidupan akan kembali normal.

"Kita semua menyedari keadaan yang sukar di sekeliling kita," katanya.

"Hari ini kita semua bermain sebagai satu pasukan. Marilah kita kuat dalam perjuangan ini. Sekiranya kita dapat membantu seseorang, lakukanlah.

"Keadaan ini memberi kesan kepada kita semua, jadi kami meminta agar anda mengikut arahan yang telah ditetapkan.

"Kami percaya bahawa kami akan kembali ke kehidupan normal. Kita berada dalam situasi ini bersama-sama dan kami melaluinya bersama-sama."