COVID-19: Keputusan positif sekat Oyarzabal sertai kem Sepanyol 

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Ogos 2020 105
COVID-19: Keputusan positif sekat Oyarzabal sertai kem Sepanyol 
Pemain sayap Real Sociedad, Mikel Oyarzabal, terpakasa menarik diri daripada skuad Sepanyol setelah diuji positif COVID-19. 

Semalam, pemain berusia 23 tahun itu mengesahkan bahawa dia akan diminta untuk mengasingkan diri di rumah dan bakal terlepas peluang memperkuatkan skuad La Roja dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah. 

Sepanyol akan berdepan Jerman di Stuttgart pada Jumaat ini sebelum menjadi tuan rumah kepada Ukraine, tiga hari kemudian.

"Saya ingin menyampaikan berita bahawa saya telah didapati positif dalam ujian terakhir," katanya, yang telah tujuh kali mewakili negaranya, melalui Instagram.

"Saya perlu berada di rumah selama beberapa hari jadi saya tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan."

 


Masih belum jelas sama ada Luis Enrique akan memanggil penggantinya, sama ada Rodrigo Moreno, Adama Traore, Marco Asensio, Ansu Fati dan Ferran Torres sebagai pilihannya di bahagian serangan. 

Oyarzabal hanya terlepas sekali sepanjang 38 perlawanan LaLiga musim lalu dengan menyumbang 10 gol termasuk 11 bantuan jaringan bagi menyamai catatan ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen