Covid-19: Kelab Serie A dilarang adakan latihan

Oleh Shaiful Shamsudin 2 April 2020 32
 Covid-19: Kelab Serie A dilarang adakan latihan
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, melarang kelab Serie A daripada kembali mengadakan sesi latihan pasukan sehingga sekurang-kurangnya 13 April depan.

Musim Serie A digantung bulan lalu berikutan krisis wabak koronavirus baru (Covid-19) di Itali menyaksikan mereka menjadi negara Eropah yang paling terjejas. 

Napoli dan Lazio antara kelab yang bercadang untuk kembali ke latihan bulan lalu dan berikutan Itali memperketatkan kawalan pergerakan di seluruh negara sehingga 13 April depan, Conte menolak sebarang sesi pasukan yang berlangsung.

"Langkah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 13 April depan. Kami sedar bahawa kami menuntut satu lagi usaha dan pengorbanan," katanya semalam.

"Kita perlu memahami satu perkara -- jika kita berhenti mengikuti peraturan atau mengurangkan langkah-langkah ini, kita akan membazirkan segala usaha."

Conte menambah: "Satu-satunya berita baru hari ini ialah sesi latihan atlet. Latihan tidak dibenarkan di pangkalan kelab.

"Ia tidak bermakna atlet tidak boleh berlatih, mereka boleh melakukannya secara individu."

Lebih 13,100 orang telah meninggal dunia akibat koronavirus di Itali dengan angka kematian global melebihi 46,000 orang.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen