Covid-19: Jovic sedia dihukum

Oleh Ammar Hakim 21 Mac 2020 3878
Covid-19: Jovic sedia dihukum
Penyerang Real Madrid, Luka Jovic, bersedia menerima hukum kerana melanggar arahan pengasingan diri di Serbia.

Jovic kembali ke Serbia selepas musim LaLiga season ditangguh ekoran pandemik Covid-19.

Pemain berusia 22 tahun itu memohon maaf di atas melanggar arahan yang telah dikeluarkan, menyalahkan kegagalan memberikan arahan yang lebih terperinci.

Tetapi pemain kebangsaan Serbia itu sedia menerima hukuman terhadap dirinya.

"Seperti saya katakan sebelum ini, saya melanggarnya kerana tidak menyedari peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

"Di negara saya, juga di Itali, seperti yang kami lihat di Internet, sesiapa yang dikuaranti, boleh keluar membuang sampah sekali sehari, ke farmasi atau ke kedai.

"Saya berasakan peraturan yang sama di sini. Ia merupakan salah saya kerana tidak bertanyakan mengenainya.

"Saya mengaku bersalah dan bersedia menerima sebarang hukuman di atas tindakan tersebut."


Jovic bergelut dalam musim pertama bersama Real, menjaringkan dua gol dalam 24 perlawanan selepas berhijrah dari Eintracht Frankfurt Jun tahun lalu.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen