Covid-19: Hadi Fayyadh tetap teruskan latihan di Jepun 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 April 2020 271
Covid-19: Hadi Fayyadh tetap teruskan latihan di Jepun 
Penyerang skuad B-22 tahun negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, masih belum mahu mengangkat bendera putih dalam merebut slot utama pasukan Fagiano Okayama.

Menurutnya, keadaan di Jepun masih terkawal tetapi pasukannya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membahagikan sesi latihan kepada empat kumpulan.

"(Sesi latihan) tidak sama. 

"Kalau dulu ramai tetapi kini dibahagikan kepada empat pasukan.

"Dua kumpulan akan menjalani latihan sesi pagi manakala dua sesi lagi pada petang," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Nurul Syakirah Zulkifly, hari ini.

Pemain dari Kuala Lumpur itu, bagaimanapun, masih bertekad tinggi biarpun terlepas peluang pada tahun pertamanya bersama kelab divisyen 2 Jepun berkenaan.

"Saya tidak berputus asa. Itu impian saya dan setiap pemain.

"Dalam keadaan Covid-19 ketika ini, saya masih kekalkan kecergasan," katanya.

Hidup di perantauan, penyerang tinggi lampai itu kini lebih kerap memasak di kediamannya demi menjaga kesihatan.

"Saya ada memesan daging dan ayam menerusi belian di atas talian.

"Jadi (bahan mentah) tiada masalah buat saya. 

"Sebelum ini saya kerap makan di luar tetapi sekarang sebaliknya. 

"Kalau keluar pun adalah kerana pergi berlatih."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen