Pep Guardiola mendermakan wang sebanyak €1juta (RM4.77 juta) bagi membantu memerangi pandemik Covid-19.

Pengurus Manchester City itu memberikan sumbangan berkenaan kepada Yayasan Angel Soler Daniel bagi membeli alatan perubatan.

Guardiola berada di kampung halamannya, Barcelona, dan yayasan berkenaan menumpukan untuk membanteras wabak itu di kawasan tersebut.

Kutipan derma itu telah bermula sejak Sabtu lalu dan sebelum bantuan yang diberikan oleh Guardiola, yayasan berkenaan sudah mengumpulkan sebanyak €33,000 (RM157,544).

Satu kenyataan yang dikeluarkan tertulis: "Bekas pemain dan jurulatih FC Barcelona dan pengurus semasa Manchester City, Pep Guardiola, telah memberikan sumbangan €1juta kepada Yayasan Angel Soler Daniel untuk membeli dan membekalkan peralatan perubatan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

"Kempen yang dipromosikan oleh Colegio de Doctors de Barcelona dan diuruskan oleh Yayasan Angel Soler Daniel itu bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan bahan dan kewangan daripada doktor perguruan tinggi dan penduduk umum untuk membeli peralatan perubatan yang pada ketika ini kekurangan pusat kesihatan di Catalonia.

"Juga dapat membiayai pengeluaran alternatif (melalui pencetakan 3D dan lain-lain) alat pernafasan dan unsur perlindungan lain untuk staf penjagaan kesihatan."