Covid-19: Final Piala DFB ditunda

Oleh Ammar Hakim 25 April 2020 83
Covid-19: Final Piala DFB ditunda
Final Piala DFB telah ditangguh ekoran penularan wabak koronavirus.

Ia telah dijadualkan berlangsung di Olympiastadion di Berlin 23 Mei ini, namun perlawanan itu telah ditunda semalam.

Bayern Munich bakal menerima kunjungan Eintracht Frankfurt sementara FC Saarbrucken pula berdepan Bayer Leverkusen dalam aksi separuh akhir.

Dalam satu kenyataan, Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Fritz Keller, berkata, "Aksi final Piala DFB merupakan salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan setiap musim.

"Sayang sekali permainan tersebut dijangka terpaksa diteruskan tanpa kehadiran penonton, bagaimanapun kami harus menunggu keputusan dan keperluan rasmi terlebih dahulu."

DFB masih lagi meletakkan sasaran untuk melengkapkan musim sebelum 30 Jun.

Saingan Bundesliga dijangka bersambung 9 Mei ini di Jerman, di mana lebih daripada 5,700 kematian ekoran Covid-19.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen