Kontrak pemain patut dilanjutkan dan jendela perpindahan perlu diubah selepas dicadangkan oleh FIFA susulan wabak coronavirus.

Tatkala saingan bola sepak di seluruh dunia kini ditangguhkan akibat COVID-19, badan dunia itu bekerja keras untuk menangani krisis yang dihadapi.

Ia termasuk kontrak pemain -- yang berlandaskan kalendar musim -- yang bakal tamat sebelum musim 2019-20 tamat.

FIFA mencadangkan lanjutan konktrak yang mampu menangguhkan sebarang kontrak tamat sebelum awal musim depan.

Selain itu, badan itu juga mengesahkan sesetengah liga akan melalui jendela perpindahan mengikut kesesuaian saingan masing-masing.

Presiden FIFA, Gianni Ingantino, berharap cadangan untuk memberikan kestabilan dan penjelasan dalam bola sepak itu memberikan manfaat pada masa depan.

"Kebiasaannya, kontrak pemain tamat apabila musim berakhir sambil tarikh tamat ditetapkan pada hari terakhir musim," katanya.

"Memandangkan kini kami melalui penangguhan sehingga bulan depan, jelas sekali musim ini tidak akan berakhir seperti dirancang.

"Ia patut sejajar dengan tujuan asal sewaktu kontrak ditandatangani dan patut melibatkan ketelusan serta jujur.

"FIFA kini lebih dinamik dan akan membenarkan jendela perpindahan dipinda daripada asal di antara tarikh akhir musim sebelumnya sehingga permulaan saingan baru."