Marouane Fellaini telah disahkan positif koronavirus, ia telah disahkan oleh kelabnya, Shandong Luneng.

Kelab Liga Super China itu menjelaskan bekas pemain tengah Manchester United, Fellaini, tidak demam serta tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom lain.

Fellaini berhijrah ke China Februari tahun lalu selepas lima tahun setengah di Old Trafford.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shandong Luneng, "Pihak pegawai telah mengesahkan Fellaini telah disahkan positif koronavirus ketika tempoh kuarantin.

"Sepanjang tempoh tersebut, suhu badang pemain berada dalam keadaan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang lain.

"Dia telah dinilai dan rawatan akan diberikan."