Saingan Eredivisie musim 2019-20 sudah berakhir ekoran pandemik koronavirus tanpa juara, penyingkiran serta pendatang baru.

Pengakhiran pramatang bagi kempen kali ini telah disahkan oleh Persatuan Bolasepak Diraja Belanda (KNVB) yang menyatakan tidak berhasrat untuk meneruskan saingan tersebu.

Ia putuskan selepas Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, mengumumkan kerajaan mengharamkan sebarang acara di khalayak ramai, termasuk saingan sukan profesional sehinggan 1 September.

Saingan berakhir dengan Ajax dan AZ berkongsi mata di puncak liga namun tidak dapat meneruskan saingan ketika berbaki sembilan perlawanan.

Saingan Eredivisie adalah liga utama Eropah pertama yang memilih jalan untuk membatalkan saingan ekoran penularan Covid-19.

RKC Waalwijk merupakan pasukan tercorot tetapi diberikan jaminan untuk terus beraksi dalam liga utama Belanda, termasuk dua lagi pasukan tercorot, ADO Den Haag dan Fortuna Sittard.

Cambuur mendahului 11 mata di tempat ketiga saingan divisyen dua Belanda tetapi terlepas peluang untuk beraksi dalam Eredivisie.

Lembaga bola sepak profesional KNVB memutuskan tiada sebarang pasukan pendatang baru ke dalam Eredivisie atau penyingkiran apabila ekalb telah dijemput untuk melakukan undian.

Juara bertahan Ajax akan terus melangkah ke saingan play-off Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan manakala AZ akan beraksi dalam saingan kelayakan Liga Europa.