Covid-19: EFL bakal diadakan secara tertutup

Oleh Nafis Abdullah 18 April 2020 762
Covid-19: EFL bakal diadakan secara tertutup
Pengerusi EFL, Rick Parry, tidak pasti tempoh untuk saingan bola sepak kembali tetapi mendedahkan saingan Liga Kejuaraan, Liga Satu dan Liga Dua bakal diadakan secara tertutup.

Saingan bola sepak di England turut menerima nasib seperti sukan lain di seluruh dunia apabila terpaksa ditangguhkan ekoran wabak coronavirus.

Khamis lalu, Great Britain melanjutkan tempoh kawalan pergerakan selama tiga minggu lagi sekali gus memberi tamparan mengenai harapan untuk saingan disambung semula.

Dalam satu surat terbuka kepada peminat, Parry mendedahkan penyokong mungkin tidak akan dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan apabila saingan dijalankan.

"Untuk memberi makluman secara jujur ketika ini, masih belum jelas jika anda berpeluang untuk menyaksikan perlawanan," katanya.

"Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke stadium sebaik sahaja keadaan selamat. Sumbangan anda kepada hari perlawanan dan suasana di stadium pastinya tidak akan kami lupakan.

"Malangnya, saya tidak boleh maklumkan bila tempoh saingan bola sepak bersambung dan jika ia diadakan semula, berkemungkinan tanpa penonton.

"Tatkala kami terkesan dengan ketiadaan kehadiran penyokong setiap minggu, kami akan pastikan siaran langsung ke rumah anda apabila ia kembali.

"Perancangan akan diteruskan bagi memastikan semua perlawanan disiarkan menerusi rakan kongsi penyiaran, iFollow atau servis strim kelab. Kami akan mengemaskini apabila mencapai kata putus."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen