Matthijs de Ligt telah dibenarkan untuk kembali menyertai rakan sepasukannya di Juventus selepas pulih daripada jangkitan COVID-19.

Pertahanan tengah itu duiji positif pada 8 Januari lalu dan menjalani pengasingan kendiri sehingga terlepas perlawanan Serie A menentang Sassuolo dan Inter Milan selain pertemuan Supercoppa Italiana dengan Napoli.

Bagaimanapun, selepas dua ujian swab terakhirnya menunjukkan keputusan negatif, De Light kini akan kembali disenaraikan sebagai sebahagian daripada skuad Andrea Pirlo itu menjelang pertemuan dengan Bologna di Laman sendiri malam ini.

Matthijs de Ligt menjalani dua ujian molecular (swab) COVID-19, seperti protokol yang ditetapkan, dan memperoleh keputusan negatif," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Dengan itu, pemain berkenaan sudah pulih dan tidak perlu lagi menjalani pengasingan.

"Dia akan menyertai pasukannya di J Hotel petang ini dan akan dimasukkan dalam senarai pemain bagi perlawaan esok."