Bekas presiden Real Madrid, Lorenzo Sanz, meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas dijangkiti wabak koronavirus.

Sanz merupakan presiden Real ketika 1995 sehingga 2000, mempengerusikan kelab ketika Real menjuarai dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL), satu gelaran LaLiga.

Beliau telah dimasukkan ke dalam hospital hampir seminggu kerana menunjukkan simptom-simptom koronavirus, pandemik yang telah memaksa Sepanyol dan negara-negara diarah perintah berkurung.

Anak kepada Sanz, Lorenzo, semalan mengesahkan pemergian bapanya menerusi Twitter sebelum LaLiga dan Real mengeluarkan kenyataan.

"Bapa saya baru sahaja meninggal dunia," katanya. "Beliau tidak sepatutnya berakhir dengan cara ini. Salah seorang yang terbaik, individu yang paling berani dan bekerja keras pernah saya sepanjang hidup ini. Keluarga serta Real Madrid adalah semangatnya."