Covid-19: Barca tidak akan menang Liga Juara-Juara jika beraksi sama, kata Messi

Oleh Muzaffar Musa 15 Mei 2020 667
Covid-19: Barca tidak akan menang Liga Juara-Juara jika beraksi sama, kata Messi
Lionel Messi menegaskan Barcelona tidak akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah melainkan mereka meningkatkan prestasi, sekali gus bertentangan dengan apa yang disuarakan jurulatihnya, Quique Setien.

Pandemik Covid-19 menjejaskan seluruh dunia dengan kebanyakan aktiviti sukan seperti saingan LaLiga dan Liga Juara-Juara tidak dapat berjalan sejak Mac lalu.

Barca -- yang memulakan latihan secara individu sejak minggu lalu -- sedang bersedia untuk meghadapi perlawanan kedua pusingan 16 menentang Napoli sebelum kejohanan itu ditangguhkan berikutan wabak koronavirus.

Pasukan gergasi Sepanyol itu terikat 1-1 dengan Napoli pada Februari lalu di mana Messi pada ketika itu mengakui pasukannya tidak mungkin memenagi Liga Juara-Juara -- bertentangan dengan pandangan Setien bulan lalu.

Messi di tanya kembali mengenai saingan itu yang dijangka akan bersambung pada Ogos depan dan pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu memberikan amaran buat Barca.

"Saya tidak meragui kemampuan skuad kami dan saya tidak meragui kami boleh memenangi baki perlawanan tetapi bukan dengan cara seperti sebelum ini," kata Messi yang pernah memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara kepada Sport.

"Kini, semua orang memiliki pandangan tersendiri dan saya amat menghormatinya.

"Padangan saya adalah berdasarkan fakta yang saya amat bernasib baik untuk bermain dalam Liga Juara-Juara setiap tahun dan saya tahu ia tidak mungkin dapat dimenangi sekiranya kami bermain seperti itu lagi. Mungkin Setien salah faham," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on


Barca berkelebihan dua mata di depan seteru tradisi, Real Madrid, untuk menerajui carta LaLiga selepas 27 perlawanan sebelum kejohanan itu ditangguhkan.

Pegawai LaLiga bercadang untuk menyambung musim 2019-20 pada pertengahan bulan depan memandangkan saingan Bundesliga di Jerman akan mula dilangsungkan semula esok.

"Waktu rehat ini mungkin pada akhirnya akan memberikan manfaat buat kami tetapi kita perlu lihat sama ada mereka boleh menyambung kembali kejohanan ini dan akan ada persoalannya kerana kami akan melihat tahap bagaimana yang kami dapat capai selepas ia bersambung.

"Kembali menjalani latihan merupakan langkah pertama tetapi kami tidak boleh terlalu mempercayai diri dan kami perlu meneruskan apa sahaja pencegahan yang perlu dan menganggap kami perlu beraksi apabila tiba waktunya tetapi dengan secara tertutup.

"Secara peribadi, saya tidak sabar untuk meneruskan kejohanan ini.

"Kami sedar segala-galanya akan menjadi amat janggal, tanpa penyokong di stadium dan dengan tema tumpuan bahawa kami sememangnya tidak mahu berjauhan dengan keluarga. Anda perlu melihat bagaimana ia akan berlakau," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen