Covid-19: Aulas mahu tahu nama presiden minta Ligue-1 dibatalkan

Oleh Muzaffar Musa 15 Mei 2020 529
Covid-19: Aulas mahu tahu nama presiden minta Ligue-1 dibatalkan
Presiden Lyon, Jean michel Aulas, mahu mengetahui nama presiden kelab Ligue 1 yang dilaporkan menggesa kerajaan untuk menamatkan musim 2019-20.

Menurut L'Equipe and Le Parisien, pegawai tertinggi beberapa pasukan menggesa pegawai kerajaan untuk tidak meneruskan saingan musim ini disebabkan penularan koronavirus.

Ligue de Football Professionnel (LFP) mengumumkan pada bulan lalu bahawa saingan musim ini tidak akan dteruskan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara manakala Toulouse dan Amiens disingkirkan ke Ligue 2.

Tindakan untuk menamatkan kedudukan liga berdasarkan purata mata daripada setiap perlawanan itu dilakukan selepas Perdana Menteri, Edouard Philippe, melarang segala aktiviti sukan sehingga September depan.

Kesan daripada keputusan LFP itu, Lyon tidak dapat beraksi di peringkat Eropah buat kali pertama sejak musim 1996-97.

Sebagai respons kepada satu ciapan L'Equipe du Soir yang mendakwa presiden kelab-kelab menghubungi presiden liga itu, Emmanuel Macron, Aulas mahukan senarai nama mereka yang terlibat.

Dia menandakan Le Paruisien dan kementerian sukan negara itu dalam satu ciapan Twitter yang tertulis: "Amat baik untuk melihat informasi Dominique Severac daripada Le Parisien untuk mengetahui siapa antara presiden berkaitan yang kerap menghubungi dan menasihatkan l'Elysee, Matignon dan kementerian sukan untuk menghentikan kejohanan ini."

Amiens mengumumkan bahawa mereka akan mengemukakan rayuan mengenai pembatalan liga musim ini manakala Lyon turut memberikan amaran bahawa mereka boleh melakukan perkara sama.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen