Pemain Atletico Madrid akan menerima pemotongan gaji sebanyak 70 peratus ketika wabak coronavirus untu menampung gaji 430 staf pasukan selepas disahkan oleh kelab LaLiga itu.

Atletico mengikut langkah yang dilakukan oleh Barcelona dan Real Madrid sebagai reaksi terhadap situasi darurat yang melanda Sepanyol, di mana jumlah kematian telah melebihi 10,000.

Kenyataan daripada kelab semalam menyaksikan mereka akan memberikan Fail Peraturan Pekerjaan Sementara (ERTE) untuk mengambil langkah pemotongan gaji sebanyak 70 peratus buat pemain skuad utama, Atletico Madrid B dan skuad wanita.

Selain itu pemain skuad utama juga telah menandatangani perjanjian yang membawa kepada situasi berbeza, bergantung kepada cara saingan 2019-2020 dihentikan.

"Situasi ini bermakna pemain dan juruteknik daripada skuad utama, pasukan wanita serta Atletico Madrid B akan mengalami pemotongan gaji sebanyak 70 peratus," kata wakil kelab.

"Dari luar, objektif pasukan ialah mengenal pasti cara untuk berdepan dengan situasi yang memberi kesan kepada gaji pekerja.

"Perjanjian yang dicadangkan buat skuad utama juga bagi menampung 430 pekerja daripada ERTE, di mana hanya pemain dan jurulatih pasukan profesional dikecualikan.

"Ia bermakna pemain daripada skuad utama akan menyumbangkan lebih separuh jumlah yang diperlukan pihak pengurusan kelab."

Atletico menduduki tangga keenam LaLiga ketika saingan mula ditangguhkan tatkala aksi terakhir menyaksikan mereka bangkit dalam masa tambahan untuk mencipta kemenangan ke atas Liverpool di Anfield.