Covid-19: AIC bingung, terkejut dengan keputusan kerajaan

Oleh Muzaffar Musa 29 April 2020 2866
Covid-19: AIC bingung, terkejut dengan keputusan kerajaan
Persatuan Bolasepak Itali (AIC) bingung dan terkejut dengan keputusan kerajaan mengenai kebenaran sesi latihan.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, mengumumkan pada Ahad lalu bahawa sesi latihan sukan individu akan dibenarkan bermula 4 Mei ini manakala latihan berpasukan di fasiliti pula akan menyusul dua minggu kemudian.

Selepas ditunda pada bulan lalu berikutan pandemik Covid-19, Serie A dilaporkan akan bersambung semula pada Jun depan.

AIC mahu pihak kerajaan menimbang semula kebenaran untuk mengadakan latihan di Itali, di mana 27,300 mangsa telah terkorban disebabkan virus berkenaan.

"AIC bingung, dan terkejut, dengan keputusan kerajaan tentang bagaimana untuk memulakan semula sukan di Itali," katanya dalam satu kenyataan.

"Ia dianggap diskriminatif dan tidak logik mengenai idea untuk membiarkan ahli sukan individu meneruskan aktiviti di kemudahan sukan dan tidak membenarkan pemain bola sepak profesional -- begitu juga atlet lain yang berdaftar dalam acara berpasukan -- untuk melakukan latihan individu di pusat sukan, seperti yang telah dibenarkan pada Mac 2020.

"Selanjutnya, undang-undang itu berisiko menimbulkan kejengkelan dan bukannya pengekangan risiko.

"Seorang atlet profesional memerlukan fasa latihan ini setelah berhenti secara paksa

"Ia untuk mengelakkan kecederaan dan bersedia untuk memulakan latihan secara berkumpulan pada 18 Mei ini," katanya.

AIC menambahkan: "Harap-harap ada campur tangan daripada kerajaan untuk mengelakkan kesesakan yang jelas akan berlaku disebabkan peraturan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 26 April lalu."
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen