Jaringan lewat Lyon menghukum Nice untuk mereka menempah pertemuan dengan Marseille di Choc des Olympiques dalam perlawanan suku akhir Coupe de France, 11 dan 12 Februari ini.

Jaringan penalti Houssem Aouar pada minit ke-93 itu memastikan kemaraan Lyon awal pagi tadi selepas pemain gantian itu meledak gol sejurus empat minit dimasukkan setelah Adam Ounas terlebih dahulu mengikat kedudukan 1-1 untuk membatalkan jaringan pembukaan Moussa Dembele.

Ini bermakna Lyon dan Marseille akan terbabit dalam pertembungan 'derby' yang menyaksikan pasukan bimbingan Andre Villas-Boas itu menang 2-1, November lalu.

Sementara itu, juara 12 kali, Paris Saint-Germain (PSG) , yang mengalahkan Pau 2-0 dalam pusingan 16 semalam akan menentang Dijon.

Juara bertahan, Rennes, akan berhitung dengan kelab divisyen keempat, Belfort, yang menyingkirkan Montpellier menerusi penentuan penalti dalam pusingan sebelumnya.

Kelab kerdil, Epinal, turut melakar kejutan dalam pusingan 16 apabila menundukkan Lille dan akan menghadapi sebuah lagi pasukan Ligue 1 yang dalam prestasi hebat, Saint-Etienne.



Editor: Shaiful Shamsudin