Bek tengah Juventus, Daniele Rugani, didapati positif ujian Coronavirus selepas disahkan oleh kelab Serie A itu.

Semalam, juara Itali itu menedahkan Rugani telah mengalami COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

"Kelab Bolasepak Juventus kini sedang menjalankan segala procedure berkaitan undang-undang termasuk mengenal pasti mereka yang berhubung dengannya."

Rugani didapati positif dengan virus itu enam hari sebelum Juve dijadualkan menentang Lyon dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka yang berhubung dengan kelompok yang mengalami jangkitan COVID-19 dinasihatkan untuk sentiasa melakukan pemantauan kesihatan selama 14 hari.

Setakat ini, tiada negara dari luar China yang mengalami jangkitan virus itu secara meluas sejak ia mula dikenal pasti di Wuhan, Disember lalu.

Itali melakukan usaha tersendiri dalam usaha memastikan mereka dalam keadaan selamat dan pihak kerajaan mengumumkan kesemua sukan domestik ditangguhkan sehingga 3 April depan.

Menurut laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Itali memiliki 10,149 kes COVID-19 yang disahkan dan melibatkan 631 kematian.