FIFA mengesahkan saingan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan yang dijadualkan bulan ini kini ditangguhkan susulan wabak Coronavirus.

CONMEBOL telah meminta untuk menunda pertemuan di antara Brazil dan Bolivia serta Argentina dan Ecuador ekoran wabak itu yang setakat ini telah meragut hampir 5,000 nyawa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, FIFA masih belum membuat keputusan bila pusingan kedua kelayakan yang dijadualkan pada 23 hingga 31 Mac itu akan diadakan.

"FIFA akan terus memantau situasi melibatkan COVID-19 dan melihat jika perubahan jadual kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan diperlukan, ia sentiasa untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua orang yang terlibat," kata wakil badan itu.

CONMEBOL turut mengesahkan penangguhan sementara saingan Libertadores.