Coronavirus: Final Piala Raja Sepanyol ditangguhkan

Oleh Nafis Abdullah 12 Mac 2020 20
Coronavirus: Final Piala Raja Sepanyol ditangguhkan
Aksi final Piala Raja Sepanyol di antara Real Sociedad dan Athletic Bilbao ditangguhkan susulan wabak Coronavirus selepas disahkan oleh Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF).

Sociedad dan Athletic sepatutnya akan melakukan perhitungan di Seville pada 18 April depan tetapi aksi itu ditangguhkan oleh RFEF.

Menurut laporan media di Sepanyol, perlawanan itu dijadualkan semula pada 30 Mei nanti.

Dua liga tertinggi Sepanyol dijangka akan mengharungi saingan dalam stadium tertutup, sekurang-kurangnya dua minggu susulan wabak COVID-19 walaupun pihak RFEF mencadangkan agar saingan liga ditangguhkan.

Semalam, pihak RFEF juga mengumumkan kesemua saingan bola sepak bukan profesional lelaki dan wanita serta futsal ditangguhkan selama dua minggu.

Berdasarkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Sepanyol menerima 1,639 kes dan 36 kematian.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen