Palmeiras mengesahkan tempat dalam final Copa Libertadores sejak 2000 selepas mencipta kemenangan 3-0 ke atas River Plate.

Kelab Brazil itu menghasilkan persembahan jitu dalam pertemuan separuh akhir pertama di Argentina sebentar tadi.

Rony membuka tirai jaringan sebelum Luiz Adriano menggandakan keunggulan tuan rumah pada awal babak kedua dengan Matias Vina memuktamadkan kemenangan mereka sejurus Jorge Carrascal dibuang padang.

River, finalis dalam dua edisi terdahulu, ketinggalan pada minit ke-27 akibat kesilapan besar.

Franco Armani gagal mematahkan hantaran silang lawan dan usahanya mengeluarkan bola bergolek ke arah Rony yang pantas melakukan voli untuk menewaskan penjaga gawang River itu.


Palmeiras -- yang satu lagi usaha mereka dalam separuh masa pertama dibatalkan akibat ofsaid - menggandakan kedudukan mereka sejurus selepas rehat.

Luiz Adriano dengan mudah memperdayakan Robert Rojas selepas menerima umpanan Danilo sebelum menghasilkan ledakan sempurna untuk mengatasi Armani.



River bertambah parah sebaik Carrascal diusir kerana mengasari Gabriel Menino dan tuan rumah segera dihukum apabila Vina menanduk masuk lambungan Gustavo Scarpa untuk menjadikannya kedudukan 3-0.

Palmeiras hampir menokok gol keempat pada lewat perlawanan untuk River berdepan tugas di Sao Paulo, 12 Januari depan.